Thursday, May 8, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seludup ‘ubat keras’ dari Malaysia, Jonathan Frizzy di penjara 12 tahun

    Pelakon Indonesia, Jonathan Frizzy bakal berdepan hukuman penjara 12 tahun sekiranya disabit kesalahan atas dakwaan penyeludupan rokok elektronik atau vape mengandungi dadah jenis etomidate atau ubat keras.

    Memetik laporan mStar, kesalahan tersebut dilakukan sekitar Mac lalu dan Jonathan disebut sebagai salah seorang yang terlibat dalam jenayah berkenaan.

    Ketua Polis Lapangan Terbang Seokarna Hatta, Jakarta dalam temu bual bersama media memberitahu pelakon itu disyaki terlibat berdasarkan kandungan perbualan dalam kumpulan WhatsApp.

    Dalam rakaman diterima Jonathan bersama tiga lagi individu berbincang bagi proses membawa masuk bahan berkenaan dari Malaysia.

    “Kumpulan tersebut berbincang tentang cara membawa masuk barang itu ke Jakarta. Tiket penerbangan juga sudah disiapkan dari Jakarta ke Malaysia,” katanya.

    Polis juga mengesahkan peranan Jonathan yang menjadi pengawal ketika pemeriksaan cukai dijalankan.

    Jonathan ditahan pihak berkuasa 4 Mei lalu dan kini masih dalam siasatan polis.

    Selain hukuman penjara, pelakon ini juga boleh dikenakan denda sebanyak kira-kira RM1.2 juta. – Agensi

    Kes Jonathan masih dalam siasatan. – radarmojokerto
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda