Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Seluruh Asia peringati ulang tahun ke-20 tragedi tsunami

    BANDA ACEH, 18 DIS – Negara-negara yang dilanda tsunami bakal memperingati lebih 220,000 mangsa korban tragedi tsunami Boxing Day pada minggu depan, dua dekad selepas ombak besar melanda komuniti pesisir pantai di sekitar Lautan Hindi.

    Upacara peringatan di tepi pantai serta majlis keagamaan akan berlangsung di seluruh Asia, termasuk Indonesia, Sri Lanka, India dan Thailand negara yang paling teruk terjejas dalam salah satu bencana paling dahsyat dalam sejarah moden.

    Pada 26 Disember 2004, gelombang tsunami setinggi 30 meter di beberapa kawasan menghapuskan komuniti pesisir, memisahkan keluarga, menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal dan mengorbankan pelancong yang sedang bercuti di pantai tropika.

    “Anak-anak saya, isteri, ayah, ibu dan semua saudara saya dihanyutkan arus,” kata Baharuddin Zainun, 70, seorang nelayan dari Aceh yang terselamat dalam tragedi itu.

    “Tragedi ini turut dirasai oleh mereka yang lain. Kami berkongsi rasa kehilangan yang sama,” tambahnya.

    Gempa bumi dasar laut berukuran 9.1 magnitud yang mencetuskan bencana itu menghasilkan rekahan garis sesar terbesar yang pernah direkodkan, mengakibatkan gelombang besar melanda komuniti pesisir pantai di sekitar lembangan Lautan Hindi.

    Kesan rekahan dasar laut itu mencetuskan gelombang yang bergerak pada kelajuan dua kali ganda kereta api peluru, melintasi Lautan Hindi dalam beberapa jam tanpa amaran awal.

    Menurut pangkalan data bencana global EM-DAT, seramai 226,408 orang dilaporkan maut akibat tsunami tersebut. – AFP

    Gambar AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...

    Gempa magnitud 3.4 gegar kawasan pengeluaran gas di Belanda

    AMSTERDAM, 14 NOV - Gempa bumi berukuran 3.4 magnitud...

    Jepun rekod tsunami kecil selepas gempa bumi 6.7 magnitud

    TOKYO, 9 NOV - Jepun hari ini melaporkan ombak...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...