Semai kesedaran pertolongan cemas

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Dalam memastikan guru dan para pelajar dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran bagi menghadapi perubatan kecemasan di sekolah, Begawan International telah mengadakan Kempen Kesedaran Pertolongan Kecemasan di Sekolah St Andrew di ibu negara, baru-baru ini.

Pertolongan cemas merupakan alat terpenting dalam tindak balas terhadap sebarang kejadian kemalangan dan memastikan sebarang kecederaan dapat ditangani dengan efisien. Oleh itu, pentingnya melatih kakitangan dan pelajar untuk menggunakan segala kemahiran dan bertindak terhadap sebarang kejadian.

Pengarah Urusan Begawan International, Jackson Lee berkata, wajar dan penting untuk melatih para pelajar cara menjaga diri mereka sendiri dan orang lain apabila terjadi sesuatu kemalangan sama ada di dalam mahu pun luar sekolah.

Jackson Lee turut menjelaskan bahawa kempen kesedaran di sekolah berkenaan masih diteruskan dan berjalan dengan objektif untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan para guru dan pelajar di negara ini.

Beliau turut melahirkan harapan agar lebih banyak sekolah akan mengambil langkah yang sama dalam memastikan keadaan alam persekitaran yang lebih selamat dan sihat bagi generasi masa depan di negara ini.

Gambar ramai pelajar dan guru yang menyertai kempen tersebut.