Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Minat pada sejarah harus disemai pada usia yang muda lagi dan dengan hasrat untuk mengenali sejarah dan kehidupan masyarakat Negara Brunei Darussalam.
Sehubungan itu, seramai 60 orang pelajar Tahun 2 bersama lima orang guru Tinker Bell Learning School telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei, kelmarin.
Semasa lawatan berkenaan, rombongan berpeluang untuk melihat pelbagai jenis pameran serta diberikan penerangan mengenai dengan pameran-pameran yang terdapat di pusat itu oleh pegawai dari Pusat Sejarah Brunei.