Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semai semangat muafakat

    TUTONG, 22 APRIL – Keluarga Besar Penyurat Bayan bin Pengarah Kunchang (KBPBPK) sekali lagi menyemarakkan Syawal dengan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Hari Raya yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Bukit Bendera, kelmarin.

    Acara tahunan anjuran Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja KBPBPK sejak 2018 itu berjaya menghimpunkan lebih 500 orang waris dan ahli keluarga dari keempat-empat daerah.

    Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi AJK Kerja, Haji Mohd Yusof bin Haji Dulamin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri. Turut hadir bagi menjayakan majlis tersebut ialah Timbalan Pengerusi AJK Kerja, Awang Rosli bin Ramli, bersama ahli-ahli AJK Penasihat dan AJK Kerja, iaitu Haji Talip bin Jair, Haji Abdul Rahman bin Haji Metali, Hajah Rukiah binti Haji Mohd Yassin, Haji Abdul Wahab bin Apong dan Haji Abu Bakar bin Chuchu.

    Majlis diadakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan dan menyemai semangat muafakat dalam kalangan ahli keluarga KBPBPK yang ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai satu wadah menghimpun keluarga di bawah satu rumpun.

    Sambutan dimeriahkan lagi dengan pelbagai pengisian kekeluargaan serta suasana mesra Syawal yang penuh nostalgia dan silaturahim.

    Gambar ramai Awang Mohammad Sofian bersama ahli-ahli AJK Penasihat dan AJK Kerja pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN AJK KBPBPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda