Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semakan fakta di platform Threads belum dilaksanakan

    SYDNEY, 11 JULAI – Ketua dasar awam Meta di Australia, Josh Machin memberitahu jawatankuasa Parlimen di Australia bahawa pihaknya masih belum memutuskan waktu yang tepat bagi pelaksanaan semakan fakta di platform media sosial baharu Threads, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Jawatankuasa Parlimen itu ingin menilai bagaimana pilihan raya Australia dan agensi kerajaan boleh dilindungi daripada ancaman dalam talian.

    Machin memberitahu jawatankuasa terbabit bahawa dasar penyederhanaan kandungan yang sama digunakan di Facebook dan Instagram akan dikuat kuasa pada Threads.

    Sementara itu, pengerusi jawatankuasa itu, Senator Parti Liberal Australia, James Paterson menuduh platform media sosial China WeChat dan syarikat induknya, TenCent menghina Parlimen.

    Paterson berkata walaupun terdapat beberapa permintaan agar pegawai dari WeChat bertemu jawatankuasa itu, syarikat media sosial itu telah menolak.

    Senator Paterson berkata jawatankuasa itu tidak boleh memaksa syarikat terbabit untuk hadir kerana ia tidak berpangkalan di Australia.

    Dianggarkan WeChat mempunyai lebih daripada satu juta pengguna di Australia. – Bernama

    Gambar ilustrasi menunjukkan logo Threads, aplikasi Instagram bersebelahan dengan lamannya di App Store. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda