Oleh Nurdiyanah R. Setiap hujung minggu terutamanya semasa Program Bandarku Ceria (BKC) di ibu negara merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh Dayang Nurul Amal Nabilah binti Haji Herywana, 25, bersama ahli keluarganya. Ketika program itulah mereka tidak pernah terlepas untuk turun berniaga bersama golongan penjaja yang lain demi meraih sumber pendapatan yang pastinya menjanjikan pulangan yang