Thursday, May 15, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semangat jiwa keBruneian sambut Hari Kebangsaan

    Oleh Nurdiyanah R. & Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN – Laungan takbir ‘Allahuakhbar’ sebanyak tiga kali yang berkumandang di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien merupakan tanda hormat dan setia kepada raja serta negara oleh ribuan peserta dengan mendukung semangat ‘Menjayakan Wawasan Negara’ pada Perhimpunan Agung Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Meski cuaca panas menyelubungi hari namun perkara itu tidak mematahkan semangat serta komitmen mereka untuk sama-sama menunjukkan taat setia, semangat patriotisme yang tinggi serta hormat kepada raja dan negara dengan mengambil bahagian dalam upacara perhimpunan agung yang penuh gilang-gemilang itu.

    Salah seorang pembaca ikrar, Awang Mohamad Qayyum bin Ahmad Senusi semasa ditemui menjelaskan bahawa melahirkan rasa kesyukuran di atas rezeki berpeluang menjadi sebahagian bagi meraikan hari penuh bermakna pada tahun ini.

    “Inilah pengalaman pertama saya yang pastinya suatu peluang keemasan yang sukar dilupakan dalam hidup ini. Begitu indah lagi, peluang membaca ikrar itu sememangnya lebih menyemai diri untuk lebih menzahirkan lagi rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara, lebih-lebih lagi dalam sama-sama mengharungi cabaran dan krisis pandemik ini,” ujarnya yang bertugas sebagai bulk scheduler di Brunei Shell Marketing.

    Sementara itu, Pegawai Pelajaran (Pegawai Penyelaras Kadet Tentera), Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Dayang Solihah binti Haji Bujang juga selaku salah seorang peserta pembaca ikrar juga berkesempatan mengungkapkan bahawa meskipun sering terlibat semasa acara sambutan hari kebangsaan dari tahun ke tahun, daripada mengibarkan bendera kecil, persembahan padang, perbarisan lalu, tetapi pada tahun ini pengalaman sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata sepenuhnya apabila terpilih menyertai kumpulan pembaca ikrar yang sesuatu yang tidak disangka sebelumnya.

    ATAS & BAWAH: Haji Suhaili, Awang Mohamad Qayyum, Dayang Solihah dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa, masing-masing melahirkan rasa keterujaan dan bersyukur kerana diberi kesempatan untuk sama-sama terlibat dalam memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-37 tahun ini.

    ATAS & BAWAH :Antara mereka yang terlibat dalam meraikan detik-detik hari bersejarah Sambutan Hari Kebangsaan ke-37 tahun ini.

    Turut ditemui ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari, yang juga selaku yang di-pertua Majlis Belia Brunei tidak ketinggalan berkongsi pandangan bahawa memang tidak dinafikan seluruh dunia dan tidak terkecuali negara Brunei menghadapi pelbagai cabaran daripada impak pandemik COVID-19, namun jelasnya sambutan pada tahun ini yang hanya diadakan secara skala kecil tidak seperti tahun-tahun sebelumnya tidak mengurangkan kecintaan jiwa semangat penduduk Brunei terhadap tanah air yang tercinta.

    “Setiap individu mempunyai gaya tersendiri untuk mencapai Wawasan Negara 2035. Dari segi pendidikan, antaranya berusaha untuk meningkatkan kapasiti diri dengan mengikuti program-program kemahiran tertentu. Selain itu, menjadi sukarelawan merupakan salah satu cara lain untuk menyumbang tenaga dan buah fikiran bagi sama-sama berganding bahu dengan agensi kerajaan dan juga bukan kerajaan dari semasa ke semasa melalui Whole of Nation Approach,” tambahnya yang juga mengetuai Pasukan Komuniti semasa berlangsungnya sesi perbarisan.

    Dalam pada itu, penglibatan menyelami detik-detik hari bersejarah turut disambut dengan penuh kegembiraan daripada beberapa orang wakil daripada Puak Jati Dusun Brunei. Menurut Haji Mohammad Syafien bin Yadol @ Abdullah menjelaskan bahawa dengan adanya acara sebegini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri setiap individu malah ia juga dapat berkongsi pengetahuan budaya kepada orang ramai khususnya dari segi kesenian pakaian tradisi yang digunakan oleh setiap puak di negara ini.

    Di samping itu, seramai 20 orang ahli Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei Yang Bersara (POLSARA) juga tidak ke-tinggalan memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-37 dengan mengikuti perbarisan lalu. Haji Ahmad Besar bin Haji Salleh selaku setiausaha agung POLSARA berkongsi kesyukuran dan menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja yang lain.

    “Ini membuktikan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia amat menyayangi rakyat sekalian dan kita patut bersyukur kepada Allah SWT kerana mempunyai seorang raja yang begitu pengasih dan penyayang kepada rakyatnya.”

    Sementara itu menurut salah seorang peserta perbarisan lalu iaitu Haji Sohaili bin Haji Mohidi selaku ketua pasukan Al-Uswah (Kesatuan Ibu Bapa Alumni PKBN) melahirkan rasa terharu dan gembira kerana buat sekian kalinya beliau bersama ahli-ahli pasukan Al-Uswah diberikan kesempatan yang amat berharga dan bermakna dalam sama-sama menjayakan upacara perbarisan lalu Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

    Meskipun perbezaan penyertaan peserta dalam sambutan kali ini berkurang, bagaimanapun, jelasnya, ia merupakan suatu usaha yang positif dan bertanggungjawab oleh pihak urus setia sam-butan Hari Kebangsaan tahun ini demi menyelaraskan kelangsungan acara di samping tidak mengabaikan faktor-faktor keselamatan dan kesihatan orang awam.

    Wartawan media juga berkesempatan menemui beberapa orang peserta belia barisan hadapan pandemik COVID-19, Cyntia, Dayang Najwa, Dayang Syazwani dan Awang Nazri, di mana menurut mereka, upacara perbarisan kemuncak Hari Kebangsaan sungguh mencabar dengan SOP perlu dipatuhi dan dipantau dan mengharap orang ramai turut menjaga penjarakan sosial dan kebersihan menjadi keutamaan.

    “Walaupun penyertaan berkurang, namun kami tidak ketinggalan dan patah semangat untuk memeriahkan lagi perbarisan dengan penuh bersemangat. Tahun ini, penyertaan kami disatukan dengan pasukan-pasukan lain yang terlibat di barisan hadapan yang menangani penularan wabak COVID-19, jelas mereka.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/