Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Wajah-wajah penuh semangat sebaik sahaja melangkah masuk ke kawasan sekolah untuk memulakan sesi persekolahan walaupun masih dalam semangat Hari Raya.
“Hadir ke sekolah terasa seronok apabila suasana raya masih dirasai, hati tetap ceria dengan semangat Hari Raya berjumpa dengan kawan-kawan dan berkongsi pengalaman mengumpul sampul raya menambah lagi keceriaan hari raya di sekolah walaupun sudah berlalu selama satu minggu” ujar Aiza Mardhia murid kelas Tahun 1, Sekolah Nusa Laila Puteri, Kiulap.
Dayang Aizen Syamsiah ketika dihubungi Media Permata mengongsikan perasaannya dengan berkata, “Sudah pasti bangun seawal jam 5 pagi kembali menjadi rutin harian bagi menyediakan keperluan sekolah anak-anak setelah bercuti lama sejak bulan Ramadan lalu.”
Seperti lazimnya, rutin harian dan kesibukan akan mula dirasakan untuk para ibu yang sibuk menyiapkan bekal untuk anak-anak mereka dan tidak kurang juga suasana di jalan raya yang mula sibuk seawal pukul 6:30 pagi.
