Monday, December 23, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semarak BIBD Mega Karnival 2024

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Acara yang amat dinanti-natikan, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) Mega Karnival secara rasmi telah dilancarkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pengerusi BIBD, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman yang berlangsung di Dewan Bridex, Jerudong, hari ini.

    Karnival berkenaan merupakan kali pertama bagi BIBD untuk mengadakan acara pada skala berkenaan di mana ia dihasratkan untuk menjana impak yang signifikan dengan mengumpulkan masyarakat bersama dalam perayaan besar.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri bersama-sama pengurusan kanan dan kakitangan BIBD, pegawai-pegawai kanan yang mewakili rakan-rakan kongsi strategik karnival, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei, Penerbangan Diraja Brunei (RB), Mastercard, imagine, Peak dan Kristal FM.

    Awang Junaidi menyatakan, BIBD Mega Karnival merangkumi dedikasi mereka kepada memberi kembali kepada masyarakat dan menunjukkan penghargaan kepada sokongan tidak berbelah-bahagi pelanggan mereka.

    “Kami berbangga untuk menyediakan platform bagi perniagaan tempatan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka, memupuk keusahawanan dan menyokong ekonomi domestik.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bergambar ramai semasa karnival tersebut. – GAMBAR SERAHAN RAFI ROSLI
    GAMBAR SERAHAN RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bergambar ramai bersama warga BIBD semasa karnival itu. – GAMBAR SERAHAN RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin berkesempatan melawat salah sebuah vendor semasa karnival berkenaan. – GAMBAR SERAHAN RAFI ROSLI
    GAMBAR SERAHAN RAFI ROSLI
    GAMBAR SERAHAN RAFI ROSLI
    GAMBAR SERAHAN RAFI ROSLI
    GAMBAR SERAHAN RAFI ROSLI
    GAMBAR SERAHAN RAFI ROSLI
    GAMBAR SERAHAN RAFI ROSLI
    GAMBAR SERAHAN RAFI ROSLI

    “Dengan menggalakkan pelanggan dan orang ramai untuk menyokong vendor tempatan, kami menyasarkan untuk membina ekonomi yang lebih kukuh dan berdaya tahan,” tambahnya.

    Menerusi karnival itu, jelas Awang Junaidi lagi, mereka berharap untuk membawa keriangan dan rasa kebersamaan kepada semua, sambil menunjukkan komitmen mereka untuk mengangkat masyarakat.

    Awang Junaidi berkata, “Kami percaya peningkatan aktiviti ekonomi yang dijana oleh karnival ini akan mewujudkan kesan positif, memanfaatkan perniagaan kecil dan menggalakkan perbelanjaan tempatan, akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan dan daya tahan ekonomi domestik.”

    BIBD juga menganjurkan tiga kempen berlainan yang berjalan secara ekskusif semasa tempoh karnival berkenaan di mana para pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah secara kolektif bernilai $300,000 termasuk dua buah kereta baharu.

    Kempen berkenaan termasuk Kempen Apply & Win, melibatkan produk-produk BIBD, Kempen Transact & Win di mana pelanggan memperoleh peluang untuk memenangi menerusi pelbagai transaksi perbankan digital dan aplikasi produk serta Kempen Spend & Win di mana pelanggan menerima ganjaran serta-merta bagi transaksi digital mereka.

    Para pengunjung boleh mengambil bahagian dengan berkunjung ke petak pameran BIBD, mengambil bahagian dengan aktviti serta mendaftar bagi cabutan bertuah semasa acara itu.

    Sebagai acara komuniti yang terbesar yang pernah dianjurkan oleh BIBD, karnival itu mengetengahkan tawaran-tawaran yang meluas. Karnival tersebut turut mengetengahkan pelbagai aktiviti yang direka untuk menyediakan hiburan bagi keluarga, rakan-rakan dan pengunjung semua peringkat usia.

    Ia mengetengahkan lebih 300 petak pameran, menampilkan 100 vendor, menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk makanan dan minuman, gaya hidup, kediaman, pelancongan, tawaran kembali ke sekolah, vendor perkahwinan, hobi, gajet IT, pengedar kereta dan banyak lagi.

    Karnival itu juga mengetengahkan pelbagai aktviti dalam dan luar termasuk petting zoo, cabaran kecerdasan, kejohanan e-sukan, permainan karnival dan malam tayangan wayang percuma yang mengetengahkan filem-filem Melayu klasik dan filem tempatan, memastikan bahawa terdapat sesuatu untuk dinikmati semua.

    Berikutan dengan acara perasmian itu, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin juga berkesempatan melawat ke gerai-gerai pameran termasuk petak pameran BIBD di mana beliau melancarkan Program Digital Komuniti, sebuah kolaborasi antara BIBD dan Pihak

    Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) yang bermatlamat untuk mengembangkan literasi digital dan mempromosikan kesedaran keselamatan atas talian khususnya bagi kumpulan terdedah dalam komuniti.

    Turut hadir, Ketua Eksekutif AITI, Haji Jailani bin Haji Buntar. Sesi pertama Digital Komuniti akan diadakan semasa karnival berkenaan di mana ia menyasarkan ahli-ahli majlis perundingan kampung dan mukim dengan tumpuan kepada keselamatan atas talian dan pencegahan penipuan.

    Semasa berada di pameran BIBD, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin juga berpeluang untuk mengalami sendiri pelbagai permainan interaktif dan aktiviti yang disediakan bagi penyertaan orang ramai dalam belajar mengenai sekuriti siber dan perbankan digital.

    Aktiviti-aktviti berkenaan, direka sebagai bermaklumat dan menyeronokkan, bertujuan untuk mendidik pengunjung mengenai kemahiran yang diperlukan dalam zaman digital, meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai topik-topik seperti penipuan atas talian dan memastikan penggunaan selamat perkhidmatan perbankan digital.

    Karnival yang berlangsung dari 13 hingga 17 November itu, merupakan cara BIBD untuk merakamkan rasa penghargaan kepada masyarakat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda