Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
TEMBURONG, 2 Julai – Persatuan Pengakap Daerah Temburong (PPDT) tidak ketinggalan dalam sama-sama menyemarakkan Program Kibarkan Bendera Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-72.
Pengibaran bendera kebangsaan di kawasan lapang Ibu Pejabat PPDT di Lekiun itu dilihat sebagai satu daripada usaha murni untuk menyemai semangat patriotik dan sayangkan raja serta negara.
Turut hadir ialah beberapa penolong Pesuruhjaya Pengakap PPDT, pemimpin serta ahli Pasukan 4001 Pengakap Kelana Sekolah Menengah Sultan Hassan, Bangar.
