Oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Sebelum berakhirnya bulan Ramadan ini, ahli Keluarga PHT dan PHR seramai 15 orang telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang diteruskan dengan Dikir Marhaban bagi sama-sama menyemarakkan bulan yang suci ini.
Majlis yang diadakan di Rumah Pengiran Hajah Rohani binti Pengiran Haji Matserudin, di Kampung Perpindahan Mentiri itu telah dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah oleh Pengiran Sambrin dan Doa Khatam pula dibacakan oleh Awangku Muhd Afiq bin Pengiran Haji Suhaili.
Antara tujuan majlis berkenaan juga adalah untuk berhimpun dan bergotong-royong membersihkan halaman rumah Pengiran Hajah Rohani sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.
