Wednesday, February 12, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semarak solat Sunat Tarawih pertama

    Oleh Azlan Othman –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Umat Islam di seluruh negara mula mengerjakan solat Sunat Tarawih dan Witir secara berjemaah pada malam pertama bulan Ramadan di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara, malam hari ini.

    Umat Islam terdiri daripada rakyat Negara Brunei Darussalam, penduduk tetap dan warga asing tidak ketinggalan membesarkan bulan Ramadan dan meraih ganjaran berlipat kali ganda pada malam pertama Tarawih yang juga disebut Qiyamu Ramadan dan dikerjakan setelah solat Fardu Isyak sehingga lewat malam.

    Hukum mengerjakan solat Sunat Tarawih adalah sunat Muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut bagi setiap umat Islam pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

    Ia sekali gus menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan, meningkatkan syiar Islam, meraih keredaan Allah SWT dan meraih ganjaran berlipat ganda.

    Para jemaah mengerjakan solat Sunat Tarawih pada malam pertama bulan Ramadan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda