Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Dalam memeriahkan lagi bulan Syawal yang memasuki minggu terakhir, Pusat Jantung Gleneagles, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) telah mengadakan majlis rumah terbuka di Tarindak D’Polo, Royal Brunei Polo & Riding Club.
Kira-kira 300 orang tetamu hadir pada majlis sambutan berkenaan di mana kehadiran tetamu dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr Peter Tay.
Antara tetamu yang hadir ialah pegawai dan kakitangan kerajaan, kakitangan Gleneagles JPMC serta para jemputan khas lainnya.
Pada majlis itu, para tetamu dihidangkan pelbagai jenis juadah tradisi seperti soto, lemang, sate dan bermacam-macam lagi.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan dengan harapan dapat mewujudkan semangat kekeluargaan, persahabatan mengeratkan ikatan persaudaraan serta bermaaf-maafan antara satu sama yang lain.
