Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semat semangat, komited pulihara kemerdekaan

    KOTA KINABALU, 14 OGOS – Rakyat Malaysia perlu berjiwa besar dan bukan sekadar meraikan sambutan Hari Kebangsaan pada setiap 31 Ogos sebaliknya menyematkan semangat kebersamaan serta komitmen untuk memulihara kemerdekaan yang dikecapi sejak 67 tahun lepas.

    Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata tema Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka yang dipilih untuk sambutan tahun ini perlu dijiwai oleh segenap lapisan masyarakat sebagai komitmen penting bagi mempertahan nilai kemerdekaan kerana usaha mencapainya tidak diperoleh dengan mudah melainkan melalui pengorbanan para pejuang terdahulu.

    “Kemerdekaan ini cukup istimewa kerana apabila merdeka, kita bebas dan boleh menentukan hala tuju pemerintahan kita, begitu juga masa depan negeri serta negara kita.

    “Dengan kemerdekaan, kita boleh tentukan pemerintahan sendiri, tadbir sendiri, majukan negeri dan negara kita sendiri.

    “Seterusnya, ini membolehkan kita sebagai kerajaan yang memerintah memberikan perkhidmatan kepada rakyat dengan sebaik mungkin,” katanya dalam temu bual khas bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan di pejabat beliau di Menara Kinabalu hari ini.

    Beliau berkata dalam usaha mempertahan kemerdekaan yang dikecapi, rakyat tidak boleh ‘terbuai’ dengan adu domba dan anasir yang cuba mengancam keselamatan serta keharmonian di negara itu. – Bernama

    Datuk Seri Hajiji Noor ketika temubual khas dengan Bernama, RTM dan Penerangan pada 14 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda