Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembahyang hajat, ceramah motivasi untuk pelajar

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Bagi memberikan suntikan semangat dan dorongan kepada para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan akhir tahun, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunnat Hajat, bacaan Surah Yaasin serta ceramah motivasi, baru-baru ini.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat dan Doa Hajat yang dipimpin oleh Imam Muhammad Sharine Hadiman bin Sahari, diikuti dengan bacaan Surah Yaasin yang dipimpin oleh Imam Saiful Rizal bin Haji Abdul Ghafar.

    Acara diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Penceramah Undangan, Haji Ali Yusri bin Haji Abd Ghafor.

    Menurut Setiausaha Takmir Masjid Kampung Batu Marang, Haji Mohammad Isa bin Haji Marsidi, program tersebut antara lain bertujuan memberikan semangat kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.

    Di samping sebagai usaha memohon keberkatan dan restu ke hadrat Allah SWT agar mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai peringkat aliran pembelajaran masing-masing.

    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda