BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jan – Dengan kejadian gerhana bulan penuh yang akan berlaku di negara ini pada 31 Januari, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa sembahyang sunat gerhana bulan akan diadakan secara berjemaah di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara pada hari itu nanti.
Sembahyang sunat gerhana bulan berkenaan akan diadakan sejurus selepas sembahyang fardu Isyak berjemaah dengan tumpuan utama di Masjid Omar Ali Saifuddien di ibu negara.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)