PHNOM PENH, 12 MEI – Sembilan aktivis pembangkang Kemboja yang dipenjarakan
dalam perbicaraan besar-besaran tahun lepas menerima pengampunan diraja hari ini selepas mereka membuat permohonan maaf secara terbuka.
Berpuluh-puluh penentang Perdana Menteri Hun Sen telah dipenjarakan tahun lalu atas tuduhan daripada pengkhianatan kepada hasutan dan konspirasi berhubung usaha
pemimpin pembangkang Sam Rainsy yang gagal untuk kembali ke Kemboja pada 2019.
Kepulangan yang dirancang oleh Sam Rainsy, yang telah tinggal di Perancis sejak 2015 untuk mengelak daripada penjara kerana sabitan yang dikatakannya bermotifkan politik, disifatkan oleh kerajaan sebagai usaha untuk menggulingkan Hun Sen.
Atas permintaan Hun Sen, Raja Norodom Sihamoni hari ini mengampuni sembilan aktivis pembangkang, yang telah dijatuhkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, menurut titah diraja yang dilihat oleh AFP.
Pengampunan itu dibuat selepas sembilan aktivis berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Hun Sen minggu lalu dan menerima kesilapan mereka kerana menyokong Sam Rainsy. – AFP