Sunday, July 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembilan anak damit lahir pada HUT ABDB

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JUN – Sempena Hari Ulang Tahun Angkata Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) ke-64 kelmarin, sembilan anak damit telah dilahirkan bertepatan pada tarikh bersejarah 31 Mei tersebut.

    Bagi meraikan kelahiran istimewa berkenaan, Majlis Meraikan Kelahiran Anak-anak Damit telah diadakan secara serentak di hospital-hospital kerajaan.

    Daripada jumlah berkenaan, lapan anak damit telah dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Bandar Seri Begawan dan seorang lagi dilahirkan di Hospital Suri Seri Begawan di Daerah Belait.

    Sebagai tanda penghargaan, setiap anak damit telah menerima cenderahati sumbangan daripada ABDB dan Badan Kebajikan Isteri-isteri ABDB (BAKTI) beserta hamper tajaan daripada syarikat Mothercare.

    Penyampaian cenderahati yang berlangsung di Hospital RIPAS telah disempurnakan oleh isteri kepada Pemerintah ABDB, Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini.

    Sementara itu di Hospital SSB, Kuala Belait pula, cenderahati disampaikan oleh isteri kepada Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Hajah Rosnah @ Lily binti Haji Matamit.

    Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah para pegawai ABDB, pegawai Kesihatan dan kakitangan serta Ahli Jawatankuasa Tadbir BAKTI.

    Acara tahunan berkenaan memeriahkan lagi sambutan Hari Ulang Tahun ABDB, di samping menekankan nilai keprihatinan dan kepentingan ikatan kekeluargaan yang berkekalan dalam ABDB dan komuniti yang lebih luas.

    Datin Ummisyafinah menghadiri majlis berkenaan.
    Antara anak damit bersama ibu dan bapa yang diraikan di majlis berkenaan.

    Semua di atas: Datin Ummisyafinah menyampaikan cenderahati kepada ibu dan bapa anak damit yang diraikan.

    Gambar ramai anak-anak damit bersama ibu dan bapa yang diraikan pada majlis berkenaan.
    Datin Ummisyafinah serta jemputan khas bergambar ramai bersama anak-anak damit dan ibu bapa yang diraikan di majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda