Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembilan ditahan tunjuk perasaan ganas

    ATHENS, 10 JULAI – Sembilan orang ditahan lewat semalam selepas pertempuran di Athens di mana beberapa pegawai polis cedera semasa bantahan ke atas undang-undang baharu untuk mengawal tunjuk perasaan di Greece, kata polis.

    Polis menembak gas pemedih mata pada pembantah di luar parlimen selepas sekumpulan kecil belia bertopeng melontar bom api pada polis.

    Enam pegawai polis cedera, menurut pihak berkuasa.

    Bantahan itu dan yang lainnya telah diadakan yang menjangkakan undang-undang baharu diluluskan oleh parlimen lewat semalam.

    Parti pembangkang Syriza berkata polis menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan.

    Polis berkata kira-kira 12,000 orang mengambil bahagian dalam beberapa bantahan berasingan di Athens semalam yang dianjurkan oleh parti komunis untuk membantah undang-undang demonstrasi itu.

    Di antara undang-undang baharu adalah ruang jalan yang kurang diberikan kepada bantahan lebih kecil dan hak polis untuk mengharam perkumpulan tertentu, termasuk bantahan tentangan, atas sebab-sebab keselamatan. – AFP

    Pembantah bertempur dengan polis rusuhan semasa bantahan di luar parlimen untuk menentang undang-undang kerajaan konservatif untuk mengawal tunjuk perasaan di Athens kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda