Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Sembilan IS, empat warga Lubnan maut dalam serangan udara

    BAGHDAD, 30 JAN – Serangan udara di utara Baghdad sebagai tindakan balas terhadap serangan kumpulan IS ke atas berek tentera Iraq awal bulan ini membunuh sembilan suspek pejuang IS, termasuk empat warga Lubnan, kata pegawai hari ini.

    Lelaki bersenjata IS di Iraq memecah masuk ke dalam berek di daerah pergunungan al-Azim di luar bandar Baqouba pada 21 Januari, membunuh seorang pengawal dan menembak mati 11 askar ketika mereka tidur. Ia merupakan salah satu serangan paling berani oleh militan dalam beberapa minggu kebelakangan dan berlaku di tengah-tengah peningkatan keganasan yang mencetuskan kebimbangan kumpulan tersebut.

    Yehia Rasool, jurucakap ketua komander Iraq, berkata bilik gerakan tentera bersama dan tentera udara mengenal pasti sel di sebalik serangan itu ketika anggotanya bersembunyi di al-Azim.

    Tiga serangan udara dilancarkan telah membunuh sembilan militan, katanya.

    Seorang pegawai keselamatan memberitahu The Associated Press bahawa empat di antara yang terbunuh ialah warga Lubnan, penduduk asli bandar utara Tripoli. Dia bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan wartawan.

    IS telah ditewaskan sebahagian besarnya di Iraq pada 2017. Kumpulan itu menerima kekalahan terakhir pada 2019 apabila ia kehilangan wilayah terakhirnya di tenggara Syria semasa kempen ketenteraan diketuai AS dengan kerjasama tentera pimpinan Kurdish Syria. – AP

    Serangan udara di utara Baghdad sebagai tindakan balas terhadap serangan kumpulan IS, membunuh sembilan suspek pejuang IS, termasuk empat warga Lubnan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...