Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sembilan maut bot karam di Itali

    ROM, 14 APRIL – Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 15 lagi masih hilang Khamis lalu selepas sebuah bot membawa migran terbalik di perairan selatan Itali, baru-baru ini.

    Menurut Pengawal Pantai Itali dan kumpulan pemerhati bukan kerajaan, bot yang membawa 46 orang dari Burkina Faso, Guinea, Ivory Coast dan Mali terbalik dan tenggelam dalam keadaan angin kencang Rabu lalu, tiga hari selepas ia belayar dari Sfax, Tunisia, Xinhua memetik laporan agensi berita Itali, ANSA.

    Pengawal Pantai berkata anggotanya menyelamatkan 22 orang dan membawa keluar lapan mayat termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia antara empat hingga lapan tahun. Seorang lagi mangsa, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia sebelum sempat dihantar ke hospital.

    Mereka yang terselamat dan mayat mangsa dibawa ke pusat pemprosesan migran di Lampedusa, pulau paling selatan di Itali. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...