Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembilan maut dalam dua insiden tembakan berasingan

    RIO DE JANEIRO, 6 OKT – Dua kejadian tembakan berasingan di Rio de Janeiro dan negeri Bahia kelmarin mengakibatkan sembilan terbunuh, lapor Xinhua.

    Di Rio de Janeiro, tiga doktor ditembak mati di pantai pelancongan Barra da Tijuca pada awal pagi kelmarin.

    Menurut laporan, tiga suspek keluar dari sebuah kereta dan melepaskan tembakan ke arah mangsa, mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan seorang lagi mangsa.

    Sementara itu, enam ahli keluarga, termasuk seorang wanita hamil dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terbunuh di perbandaran Jequie, selatan Bahia, selepas kediaman mereka dimasuki penceroboh.

    Tahun lalu, Jequie merupakan bandar paling berbahaya di Brazil dengan 88.8 kadar kematian bagi setiap 100,000 orang akibat keganasan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda