Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembilan maut dalam kemalangan kereta di Iran

    TEHRAN, 29 MAC – Sembilan orang terbunuh dalam kemalangan kereta di timur laut Iran kelmarin, kemalangan tunggal terburuk sejak permulaan cuti tahun baharu Parsi, lapor media kerajaan.

    Polis berkata 585 orang telah meninggal dunia di jalan raya sejak permulaan musim cuti yang berlangsung dari 19 Mac hingga 1 April, yang turut menyaksikan ramai rakyat Iran melakukan perjalanan untuk melawat keluarga.

    Kemalangan terbaharu di wilayah Semnan di timur ibu negara Tehran itu menyaksikan dua kenderaan terbabas dan terbakar, lapor agensi berita IRNA yang memetik perkhidmatan kecemasan.

    IRNA melaporkan bahawa jumlah kematian bagi musim cuti tahun lepas ialah 1,217.

    Jumlah kematian yang tinggi telah dipersalahkan atas keadaan buruk sebahagian rangkaian jalan, pemanduan yang cuai dan kualiti kenderaan yang rendah. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda