MANILA, 1 SEPT – Sembilan orang terbunuh apabila sebuah pesawat ambulans terhempas di kawasan peranginan berhampiran ibu negara Filipina hari ini, mencetuskan kebakaran di kawasan kediaman sehingga menyebabkan penduduk setempat cemas, kata pihak berkuasa.
Video dramatik di media sosial menunjukkan keadaan huru-hara ketika sebuah ambulans menuju ke arah sebuah bangunan yang dijilat api dan para saksi berteriak meminta bantuan.
Sembilan mayat telah ditemui dipercayai mereka yang menaiki pesawat ringan King Air 350 itu.
“Tiada seorang pun terselamat. Kami mengandaikan semua penumpang maut,” kata pegawai kecemasan tempatan, Jeffrey Rodriguez.
Polis berkata dua orang cedera di tempat kejadian dan dikejarkan ke hospital tetapi tiada penghuni di kawasan peranginan maut. – AFP
