Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembilan penyelam ditahan kerana ingkar PKPB

    MIRI, 1 JUN – Agensi Penguat-kuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Perairan Maritim Miri menahan sembilan penyelam yang disyaki melakukan aktiviti itu tanpa kebenaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

    Ini merupakan tangkapan pertama oleh agensi itu di Sarawak. Pengarah Zon Maritim Miri Kapten (M) Md Fauzi Othman berkata mereka dikesan melakukan aktiviti itu kira-kira 12.7 batu nautika dari perairan Miri oleh bot peronda APMM pada kira-kira 2.15 petang  semalam.

    “Hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan surat kebenaran untuk melakukan aktiviti rekreasi menyelam tersebut dan kesemua sembilan individu terbabit dibawa ke balai polis untuk dikenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda