Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sembilan tan daging penyu berjaya dirampas

    KOTA KINABALU, 4 DIS – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai spesies hidupan laut terancam bernilai lebih RM5.2 juta termasuk sembilan tan metrik daging penyu kering hasil pemeriksaan terhadap sebuah bot jenis bubu ikan di kawasan laut Mangsee Reef, Kudat pada Rabu lepas.

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, daging penyu dianggar bernilai RM4.5 juta itu merupakan rampasan terbesar pihaknya melibatkan haiwan itu dan kira-kira 12,000 ekor penyu dipercayai dikorbankan bagi mendapatkan jumlah daging berkenaan.

    Beliau berkata selain daging penyu, pihaknya turut merampas kulit kerang dan siput pelbagai spesies seberat dua tan metrik, balat susu (90 kilogram), kuda laut (150 kilogram), rumpai laut (80 kilogram), sirip yu (5 kilogram) dan kerapu (200 kilogram) yang telah dikeringkan.

    Jauteh berkata rampasan pada 11.15 pagi itu dilakukan pasukan bertugas dalam Op Taring Gelora selepas mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

    “Ketika cuba dihampiri untuk pemeriksaan, bot terbabit terus membelok dan memecut ke arah kawasan cetek di Mangsee Reef. Bagaimanapun selepas bot telah berhenti sepenuhnya, kelihatan empat lelaki melompat keluar dari bot dan berenang ke arah kawasan cetek untuk melarikan diri. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda