Saturday, February 8, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seminar kongsi kelebihan ADR

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – PUJA Academy Sdn Bhd (PASB) telah menganjurkan seminar bertajuk Emerging Trends in Alternative Dispute Resolution (ADR) for the Construction Industry, pada hari ini.

    Seminar yang disertai oleh lebih 60 peserta itu telah disampaikan oleh Darshendev Singh dari Lee Hishamuddin Allen & Gledhill (Malaysia), Lenny Rahman dari Peguambela dan Peguamcara HLR (Brunei) dan Owen Hearty dari KSN Project Management (Ireland) dan IRB Management Sdn Bhd (Brunei).

    Sesi kemudian beralih kepada panel perbincangan dengan Sr Mohamed Humdhan dari Utamacon Sdn Bhd yang juga merupakan wakil dari Bahagian Juruukur PUJA sebagai moderator diikuti dengan sesi soal jawab dengan hadirin.

    Peserta-peserta yang menghadiri seminar itu diharap dapat memahami dengan lebih baik tentang trend yang muncul dalam ADR untuk industri pembinaan dan bagaimana ia boleh digunakan untuk menyelesaikan pertikaian dengan cara yang lebih berkesan dan cekap.

    Para peserta juga belajar bagaimana untuk memulakan proses ADR dalam industri pembinaan, yang boleh menjimatkan masa dan wang sambil mengekalkan kawalan ke atas hasil pertikaian.

    Seminar itu juga menekan-kan kelebihan ADR di mana ia lebih pantas dan lebih murah daripada litigasi, lebih fleksibel daripada prosiding mahkamah, prosesnya dirahsiakan dan sulit serta ia juga membolehkan pihak yang terlibat mempunyai lebih kawalan ke atas keputusan.

    Topik seminar itu memenuhi keperluan profesional dan memberikan pandangan serta pemahaman tentang penyelesaian pertikaian alternatif.

    PUJA Academy Sdn Bhd secara aktif menawarkan webinar dan kursus maya untuk meningkatkan kecekapan ahli PUJA dan industri pembinaan, dengan misinya untuk ‘Menggalakkan Kesedaran, Meningkatkan Pengetahuan dan Meningkatkan Pengalaman’.

    Gambar ramai semasa acara berkenaan. – Gambar serahan PUJA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda