Monday, January 20, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seminar kongsi prospek pelaburan tahun 2025

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Lebih 150 orang telah menghadiri seminar Prospek Pasaran pertama anjuran Standard Chartered Securities baru-baru ini khusus untuk para pelanggannya yang setia, bertempat di Serambi Suluh, Tarindak d’Seni, Bandar Seri Begawan.

    Pada acara berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Securities, Brenda Low dalam ucapan alu-aluan, berkata dalam landskap ekonomi yang sentiasa berkembang, keupayaan untuk membina portfolio berdaya tahan adalah lebih kritikal berbanding sebelum ini.

    “Pasaran sering berubah-ubah, dan ketidakpastian boleh mencabar walaupun bagi pelabur paling berpengalaman.

    “Namun, dalam setiap cabaran terdapatnya peluang, dan di situlah kekuatan kami,” katanya.

    Beliau turut menekankan tema seminar, Playing Your Trump Card, yang memfokuskan kepada mesej utama mengenai kepentingan membina portfolio asas yang berdaya tahan.

    Brenda Low menyampaikan ucapan alu-aluan pada acara yang berlangsung di Serambi Suluh, Tarindak d’Seni di ibu negara. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Ahli panel semasa menyampaikan pembentangan pada acara seminar berkenaan. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    “Di Standard Chartered (StanChart), kami sentiasa menekankan konsistensi dan kepelbagaian sebagai elemen penting dalam melindungi dan mengembangkan kekayaan pelanggan kami,” tambah beliau.

    Semasa berkongsi Prospek Pasaran Global StanChart, Pakar Strategi Pelaburan Kanan di StanChart, Fook Hien Yap, mengongsikan pelbagai tema mengenai trend pasaran untuk tahun 2025.

    Sementara itu, Pengurus Jualan Saluran Kanan dari Allianz Global Investors Singapura, Winnie Tan turut membentangkan perspektif berharga beliau tentang landskap pasaran semasa.

    Seminar berkenaan berakhir dengan sesi soal jawab yang dihoskan oleh Kaunselor Pelaburan Kanan, Standard Chartered Securities, Awang Hazwan bin Kamarulzaman.

    Sehubungan itu, laporan Prospek Pasaran Global boleh didapati di https://www.sc.com/en/personal-business-banking/wealth-insights/.

    Para pelabur yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan pelaburan boleh mengunjungi cawangan StanChart Gadong dan Kuala Belait untuk bercakap dengan mana-mana pengurus perhubungan atau perunding kekayaan berlesen atau melayari laman web bank.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda