Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Seminar tinjau prospek pelaburan 2024

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Standard Chartered Securities (StanChart Securities) menganjurkan seminar tinjauan pasaran pertamanya tahun ini untuk pelanggannya pada majlis yang diadakan di Serambi Suluh, Tarindak d’Seni, ibu negara.

    Dalam ucapan alu-aluannya di acara itu, Ketua Pegawai Eksekutif StanChart Securities, Brenda Low berkata, “Tema kami, Sailing with the Wind, berfungsi sebagai metafora untuk pendekatan kami terhadap landskap kewangan yang sentiasa berubah dan peluang yang luas yang ada di hadapan kami. Sama seperti pelayar memanfaatkan kuasa angin untuk mengemudi lautan, kami juga boleh memanfaatkan kuasa pasaran yang sedia ada untuk melakar laluan kami ke arah kejayaan kewangan.

    “Dalam dunia yang berkembang pesat hari ini, kuasa perubahan dalam pasaran kewangan adalah bersifat berterusan. Ia memerlukan navigasi yang bijak dan pemahaman yang mendalam tentang arus yang membentuk industri kami,” tambahnya.

    Berkongsi tinjauan pasaran global StanChart ialah Ketua Pegawai Pelaburan, Asia Utara di Kumpulan Pengurusan Kekayaan StanChart, Raymond Cheng, di mana beliau menyelidiki pelbagai tema mengenai arah aliran pasaran untuk 2024.

    Seminar yang dihadiri lebih 200 tetamu itu berakhir dengan sesi soal jawab yang dihoskan oleh Kaunselor Pelaburan Kanan, StanChart Securities, Awang Hazwan bin Kamarulzaman. Laporan Tinjauan Pasaran Global boleh didapati di https://www.sc.com/en/personal-business-banking/wealth-insights/.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...