Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sempadan Niger-Nigeria dibuka kembali

    NIAMEY, 22 MAC – Sempadan antara Niger dan Nigeria dibuka semula kepada lalu lintas jalan raya hari ini, selepas tujuh bulan ia ditutup berikutan rampasan kuasa tentera di Niamey, warga setempat memberitahu AFP.

    Sempadan 1,600 kilometer itu ditutup selepas pemimpin Afrika Barat mengenakan sekatan ke atas Niger berhubung penyingkiran presiden Mohamed Bazoum.

    “Sempadan telah dibuka semula dari tengah malam,” kata wartawan Daouda Kaka, yang berpangkalan di Birni N’Konni di barat daya dan pergi ke sempadan hari ini.

    “Trafik jalan raya telah disambung semula di kedua-dua arah… di jalan besi dan pegawai kastam sedang bekerja,” tambahnya.

    Nigeria minggu lalu mengarahkan sempadan dibuka semula dengan segera, tetapi Niger mengekalkan bahagiannya ditutup.

    Kementerian Dalam Negeri Niger kelmarin memberitahu gabenor wilayah yang bersempadan dengan Nigeria, sempadan darat akan dibuka semula hari ini dan menggesa ‘keselamatan diperkukuh’ dan pemeriksaan.

    “Pembukaan semula sempadan adalah berita yang sangat baik,” kata seorang wakil perbandaran yang dipilih komuniti, Dan Issa di wilayah selatan-tengah Maradi.

    Lima daripada lapan wilayah Niger, Zinder, Tahoua, Maradi, Dosso dan Diffa, semuanya bersempadan dengan Nigeria, rakan perdagangan utama Niamey. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda