Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sempena Hari Diabetes lampu jambatan dinyala warna biru

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Bersempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2024, lampu di jambatan pejalan kaki Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dinyalakan dengan warna biru, hari ini.

    Di Negara Brunei Darussalam, penyakit diabetes adalah penyebab kematian yang keempat tertinggi selepas kanser, penyakit jantung dan penyakit serebrovaskular.

    Menurut Kaji Selidik Kebangsaan Penyakit-penyakit Tidak Berjangkit 2015-2016, prevalens diabetes dalam kalangan orang dewasa di negara ini ialah 9.7 peratus.

    Menyedari akan ancaman kesihatan global bagi diabetes, Sambutan Hari Diabetes Sedunia yang disambut di seluruh dunia pada setiap 14 November merupakan sebagai satu usaha global dan bersepadu untuk meningkatkan kesedaran mengenai diabetes dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menanganinya.

    Hari Diabetes Sedunia juga menjadi sebuah platform bagi mendapatkan komitmen secara kolektif termasuk daripada individu, profesional kesihatan, penggubal dasar dalam pencegahan, diagnosis serta pengurusan diabetes dengan lebih baik.

    Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2024 membawa tema, Diabetes dan Kesejahteraan Semua, yang menekankan pentingnya penjagaan holistik meliputi kesihatan mental, aktiviti fizikal, pemakanan serta sokongan sosial.

    Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien diterangi dengan cahaya berwarna biru pada waktu malam bersempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2024. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Gambar Envato

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda