Khamis, November 20, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semua anak Trump boleh jadi presiden

    MOSCOW, 12 NOV – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengakui bahawa mana-mana anaknya boleh menjadi ketua negara itu pada masa hadapan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    “Saya tidak tahu. Saya fikir dalam hal tertentu, mereka semua boleh,” kata Trump dalam temu bual dengan Fox News kelmarin ketika ditanya anaknya yang mana berkemungkinan menjadi presiden pada masa depan.

    Trump mempunyai lima orang anak. Semasa penggal pertama beliau, anak perempuannya Ivanka secara rasmi berkhidmat sebagai penasihat, namun beliau kini telah bersara daripada politik.

    Dua anak lelakinya, Eric dan Donald Jr, memainkan peranan aktif dalam kempen pilihan raya presiden sebelum ini. Trump juga mempunyai seorang lagi anak perempuan, Tiffany, dan seorang anak lelaki, Barron, yang kini menuntut di Universiti New York. – Bernama/Sputnik/Ria Novosti

    Presiden Donald Trump berjalan menuruni tangga Air Force One sebaik sahaja tiba di Forum Perniagaan Amerika di Miami. Beliau nyatakan semua anaknya boleh jadi presiden. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda