Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Semua cadangan Sarawak diambil kira

    KUCHING, 8 JAN – Semua cadangan daripada kerajaan Sarawak akan diambil kira dalam penyediaan Kertas Putih Kesihatan yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan untuk dibentangkan di Parlimen. 

    Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata cadangan itu termasuk permintaan kerajaan negeri untuk mendapatkan autonomi bagi aspek kesihatan. 

    “Kuasa autonomi tersebut bukan untuk mengambil keseluruhan sistem kesihatan tetapi untuk menambah baik sistem berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek Hospital Petra Jaya di sini hari ini. 

    Beliau berkata perbincangannya bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian baru-baru ini juga menjelaskan kuasa autonomi membolehkan kerajaan negeri itu menentukan jenis projek untuk dilaksanakan dan jumlah kuantum untuk projek tersebut. 

    “Ketika ini perancangan (projek-projek kesihatan) ini adalah berpusat (di peringkat Persekutuan) dan cadangan ini akan diperhalusi oleh kepimpinan Persekutuan dan negeri,” katanya. – Bernama

    Lukanisman Awang Sauni menyantuni seorang pesakit kanak-kanak ketika meninjau kemudahan prasarana pada lawatan kerjanya ke Hospital Simunjan, baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...