Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar berharap lebih ramai lagi akan mendaftar bagi aplikasi BruHealth agar dapat memberikan keyakinan kepada Kementerian Kesihatan untuk membuat pelonggaran sekatan seterusnya. Ini kerana menurut Yang Berhormat Dato, setakat ini hanya 5,000 lebih