Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semua jenis darah diperlukan segera

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan pada masa ini masih lagi memerlukan semua jenis darah dengan segera.

    Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk menderma darah dengan berkunjung terus ke Pusat Pendermaan Darah bermula 8 hingga 11:30 pagi dan 1:30 hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Dalam pada itu, pusat berkenaan juga akan mengadakan kempen-kempen derma darah di beberapa lokasi bermula esok di Aras Bawah, Tempat Pengambilan Darah Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong anjuran Tabung Darah Hospital PMMPMHAMB dari pukul 1:45 petang hingga 3:45 petang. Sementara itu, pada 22 Disember kempen akan diadakan Bilik Melor dan Bilik Mawar, SEAMEO VOCTECH, Gadong anjuran SEAMEO VOCTECH dari 10 pagi hingga 2 petang, dan 23 Disember di Masjid Kampung Bengkurong, kempen anjuran masjid berkenaan bermula 9 pagi hingga 11 pagi.

    Manakala itu, pada 24 Disember orang ramai boleh menyertai kempen derma darah anjuran Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) di Aras Bawah, Ibu Pejabat JPD, Kampung Beribi bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari. Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai dalam kempen-kempen derma darah berkenaan digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad.

    Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002 atau WhatsApp ke talian 8775745 dan 7375745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook, @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda