LIVERPOOL, 1 Jan – Satu kejadian kebakaran telah memusnahkan seluruh kenderaan yang ditinggalkan di tempat letak kereta yang boleh memuatkan 1,600 buah kenderaan di arena dalam bandar Liverpool, menurut polis hari ini.
Liverpool International Horse Show berlangsung di arena berhampiran bandar barat utara Inggeris itu yang mampu menampung 11,000 tempat duduk, telah dibatalkan disebabkan kebakaran itu yang berlaku pada malam semalam.
Tidak sesiapa pun mengalami cedera parah dalam kebakaran itu, menurut pihak polis tempatan Merseyside, sementara semua kuda begitu juga.
“Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran yang tidak disengajakan itu bermula dari sebuah kenderaan telah mengakibatkan kereta lain turut terbakar,” menurutnya.
“Kami percaya semua kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta itu telah musnah dan menasihatkan para pemilik supaya menghubungi syarikat insurans mereka.”

Datuk Bandar Liverpool Joe Anderson berkata kebakaran bermula dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di tingkat tiga.
Kuda-kuda yang berada di tingkat satu telah dipindahkan ke arena, tambahnya lagi.
“Kebakaran dan asap kelihatan luar biasa,” kata Kevin Booth, 44 tahun yang menuju ke pameran kuda itu bersama keluarganya.
“Keadaan menakutkan. Kami boleh mendengar dentuman cermin kereta yang meletup,” katanya.
Pusat resepsi telah ditubuhkan bagi mereka yang tidak dapat pulang ke rumah disebabkan kebakaran dan para penduduk setempat dengan sukarela menerima mereka ke rumah mereka atau menghantar mereka yang terkandas.
“Penduduk Liverpool tidak pernah mengecewakan kami dengan kemurahan hati mereka dan semua orang kini diberi tempat tinggal atau dibawa menaiki kenderaan,” kata Anderson.
Semua orang dan kuda dalam pameran itu dalam keadaan selamat, menurut pihak arena itu.
Kawasan itu dan berserta beberapa buah pangsapuri yang berdekatan telah dikosongkan disebabkan asap. Sebanyak 12 buah kereta bomba telah dihantar untuk memadamkan kebakaran. – AFP