Friday, October 11, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semua kumpulan darah diperlukan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, memerlukan semua kumpulan darah bagi keperluan pesakit-pesakit buah pinggang.

    Sehubungan itu, bagi membantu meningkatkan stok bekalan darah, orang ramai dialu-alukan untuk menderma darah dengan berkunjung ke hospital berkenaan, bermula jam 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Dalam usaha menambah bekalan stok darah, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan kempenderma darah yang dibukakan bagi penyertaan orang ramai.

    Kempen akan diadakan pada 11 Februari dari pukul 10 pagi hingga 3 petang di Bilik Pameran Lexus NBT Gadong anjuran Kelab Rotari Brunei, manakala pada 13 Februari dari 10 pagi hingga 3 petang, kempen akan diadakan di The One Mall, Batu Satu anjuran The One Mall Management.

    Sementara itu, pada 15 dan 16 Februari, kempen akan diadakan di Ruang Legar Bangunan Tambahan, Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam anjuran PAPRSB IHS.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda