Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Sudah menjadi lumrah dunia, tidak semua manusia dilahirkan sempurna, ada juga yang dilahirkan dengan kelainan upaya. “Begitu juga manusia yang sempurna, mereka juga tiada jaminan kekal sempurna hingga ke hujung usia, mereka yang kelainan upaya ini tetap merupakan sebahagian dari masyarakat dan mendapat perhatian selayaknya