Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semua masjid S’pura ditutup semasa Aidilfitri

    SINGAPURA, 15 MEI – Semua masjid di Singapura kekal ditutup pada Aidilfitri berikutan sambutan perayaan itu masih dalam tempoh pemutus rantaian bagi memerangi COVID-19.

    Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), kebiasaannya pada pagi Hari Raya, umat Islam di Singapura akan ke masjid bagi menunaikan solat Aidilfitri dan bertakbir serta mendengar khutbah. Tahun ini, mereka akan menyambut Hari Raya di rumah masing-masing bersama anggota keluarga yang tinggal di rumah yang sama, menurut kenyataan itu.

    “Mereka boleh menyertai takbir secara langsung menerusi stesen radio Melayu, Warna 94.2 FM atau secara dalam talian melalui laman Facebook masjid tempatan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda