Semua pelumba Jelajah Perancis bebas COVID-19

LA TOUR-DU-PIN, PERANCIS, 15 SEPT – Penganjur Jelajah Perancis berasa amat gembira hari ini apabila mengumumkan bahawa kesemua pelumba basikal mereka diuji negatif COVID-19 dalam pusingan akhir ujian.

Dengan enam hari tinggal untuk berlumba, tidak ada pelumba yang telah diuji positif dijangkiti koronavirus setakat ini, dengan perlumbaan basikal terbesar dunia dijadualkan berlangsung di Champs Elysees di Paris pada Ahad.

Berita itu menandakan satu kejayaan untuk penganjur ASO yang akan mendakwa perlumbaan telah menyediakan rangka tindakan dalam cara-cara menganjurkan acara sukan besar di tengah pandemik.

“Kami hanya boleh bergembira kerana ia bermakna langkah kami sudah berjaya,” kata pengarah perlumbaan Christian Prudhomme di bandar permulaan peringkat 16 La Tour du Pin.

“Kami berdepan dengan virus yang membunuh 30,000 orang di Perancis pada musim bunga. Kami mengambil langkah yang perlu..Semua orang berkata pandemik akan berterusan, adalah penting kami meneruskan hidup kami. Apabila orang menghormati peraturan dan memberikan perhatian, ia berjaya.” – AFP

Pelumba Slovenia Primoz Roglic, memakai jersi kuning bercakap dengan Tadej Pogacar (jersi putih) pada permulaan perlumbaan peringkat ke-16 Jelajah Perancis dari La Tour du-Pin ke Villard-de-Lans kelmarin. – AP