Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semua penumpang selamat – Air Niugini

    SYDNEY, 30 Sept – Air Niugini mengesahkan bahawa kesemua penumpang yang menaiki Pesawat 73 dari Pohnpei di Micronesia ke Port Moresby di Papua New Guinea telah berjaya dikeluarkan dari pesawat selepas ia mendarat melepasi landasan lapangan terbang dan terhempas di atas air.

    Sementara beberapa laporan awal menyatakan bahawa seorang penumpang mungkin gagal menyelamatkan diri, pakar penyelam dari Amerika Syarikat (AS) melengkapkan pemeriksaan mereka ke atas Boeing 737-800 dan mendapati kesemua penumpang berjaya dikeluarkan dari pesawat itu.

    Pihak berkuasa masih mencari seorang penumpang yang masih ‘hilang’, percaya bahawa individu itu telah diselamatkan oleh sebuah bot nelayan setempat. Enam penumpang dikejarkan ke sebuah hospital selepas insiden itu dan setakat ini dua orang sudah diberikan kebenaran pulang, sementara empat orang lagi dalam keadaan stabil dan dipindahkan ke Guam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

    Majoriti 35 penumpang dan 12 krew telah dibawa ke Port Moresby untuk diaturkan penerbangan khas.

    Syarikat penerbangan itu berkata siasatan kini sedang dijalankan bagi mencari punca kenapa pesawat itu terlepas landasan lapangan terbang dan mendarat di atas air. – Xinhua

    Gambar yang disediakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat pada 28 September 2018 menunjukkan anggota tentera laut AS menjalankan misi menyelamat penumpang dan kru Penerbangan Air Niugini selepas pesawat itu jatuh ke lagun berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Chuuk di Micronesia. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda