Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Semua pihak perlu sokong rundingan dialog Rusia-Ukraine

    BEIJING, 13 MEI – Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Chen Xu mendesak agar semua pihak untuk menyokong rundingan dialog antara Rusia dan Ukraine.

    Menurut beliau, China berpendirian bahawa kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara perlu dihormati, Piagam PBB dipatuhi, serta keprihatinan keselamatan yang rasional dari setiap negara perlu diambil berat, selain menyokong sebarang usaha demi penyelesaian krisis.

    “China menyokong sebarang inisiatif dan langkah yang boleh meredakan krisis kemanusiaan Ukraine, menyeru pihak terlibat menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menjalankan tindakan substantif untuk melindungi keselamatan rakyat jelata, menjamin hak dan kepentingan asas golongan wanita serta kanak-kanak,” kata Chen. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda