Saturday, July 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Semuanya real, bukan lakonan’

    Pelakon Datin Intan Najuwa, 27, menjelaskan apa yang dipaparkan dalam akaun media sosial adalah realiti kehidupan diri dan keluarga, bukan kandungan yang sengaja direka untuk tatapan pengikut hingga tular.

    Ibu kepada cahaya mata, Imane Lunara itu menafikan sanggup ‘melakonkan’ semula aktiviti harian semata-mata ingin menayang kemewahan kepada pengikut.

    “Apa yang pengikut nampak dalam media sosial adalah hakikat kehidupan saya, bukan lakonan. Contohnya, tolak ‘stroller’ (kereta sorong) atau pura-pura tarik langsir,”  menurut BH Online.

    “Semua itu adalah perkara yang dilakukan spontan, buka saya atau pembantu yang melakonkan. Apa yang dikongsi, itulah yang terjadi depan mata. Semua ini semata-mata untuk berkongsi kehidupan saya sebagai isteri dan ibu.

    “Saya harap pengikut tidak salah anggap, sebaliknya, lihatlah perkongsian saya dari sudut positif,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan bersama Yayasan Nurjiwa anjuran syarikat Inayah Beauty di sini, baru-baru ini.

    Intan yang juga pelakon drama Jesnita itu memberitahu, dia sudah lama berkongsi aktiviti harian dalam media sosial, iaitu sejak zaman anak dara.

    “Saya hendak gembirakan diri sendiri. Selain itu, itulah cara saya berinteraksi dengan pengikut media sosial,” katanya- Agensi.

     

     

    Datin Intan Najuwa pengikut melihat perkongsian dari sudut positif. –mStar

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda