Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Senada Seirama akhiri acara pentas perayaan

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 31 Julai – Persembahan Senada Seirama bersama Jammsters telah mengakhiri acara pentas malam perayaan bagi Daerah Tutong, semalam, yang diadakan di kawasan lapang berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) Tutong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis pada malam tersebut ialah Pengerusi Bersama Persembahan Khas Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-72 tahun bagi Daerah Tutong, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

    Pada malam itu, Kumpulan Jammsters telah membawakan persembahan lagu-lagu irama 60an, nostalgia dan lagu masa kini serta irama dangdut diikuti dengan persembahan lagu 60an ‘Kenanganku’ dan ‘Oh Fatimah’ oleh tetamu kehormat.

    Antara yang menjayakan persembahan malam Senada Seirama bersama Jammsters bergambar ramai di pentas perayaan kawasan lapang berdepanan Hospital PMMPMHAMB, Tutong.

    Dengan adanya persembahan seperti ini, ia dapat menunjukkan bakat para belia dalam industri muzik tanah air dan berani tampil dalam memperlihatkan kemahiran masing-masing.

    Awang Abdul Aziz selaku belia yang bergiat aktif dalam pelbagai bidang seni dan sukarelawan berharap para belia akan dapat terus maju ke hadapan dan mengembangkan lagi kemahiran diri kerana inilah masanya mereka bersaing dengan sihat bagi sama-sama memajukan negara yang tercinta sejajar dengan tema Hari Belia Kebangsaan tahun ini ‘Belia Pemacu Negara Maju’.

    Abdul Aziz juga selaku ahli jawatankuasa persembahan perayaan malam mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada penganjur-penganjur acara pentas persembahan malam Daerah Tutong kerana telah berusaha menjadikan setiap malam di Daerah Tutong meriah dan menghiburkan serta memuaskan para pengunjung.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda