Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Senator Nigeria dituduh ambil organ

    LONDON, 31 JAN – Bekas timbalan presiden senat Nigeria dan isterinya hadir di mahkamah London pada hari ini sebelum perbicaraan mereka berkenaan kes pengambilan organ, tetapi anak perempuan yang tertuduh tidak dapat hadir kerana dia berada di hospital.

    Ike Ekweremadu, 60, muncul di mahkamah Old Bailey dengan memakai baju sukan berwarna kelabu, bercakap hanya untuk berkata “Ya, Cik” apabila diminta mengesahkan namanya.

    Dia dituduh bersama isterinya Beatrice, dan anak perempuannya, Sonia serta seorang doktor yang membawa seorang lelaki berusia 21 tahun dari Nigeria untuk dibuang buah pinggangnya.

    Pendakwa raya berkata, defendan didakwa merancang untuk mengeluarkan buah pinggang daripada lelaki itu supaya dapat diberikan kepada Sonia. Dia tidak dapat hadir ke mahkamah kerana dia kini berada di hospital dalam keadaan yang tidak dinyatakan.

    Pasukan pembelanya juga telah menyerahkan laporan psikologi, mendakwa dia tidak layak untuk dibicarakan.

    Mahkamah ditangguhkan sejurus selepas bersidang bagi membolehkan pendakwa raya membaca laporan tersebut. – AFP

    Reaksi Beatrice semasa meninggalkan Old Bailey, Mahkamah Jenayah Pusat London, di London, hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda