BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Seng Hoe Huat Auto Accessories Service Company (Seng Hoe Huat) dilantik sebagai pengedar ekskslusif minyak dan produk pelincir GS Caltex Kixx berkuat kuasa 21 Disember 2019.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, pengumuman itu menunjukkan permulaan menarik bagi Seng Hoe Huat memandangkan mereka berhasrat menjadi pembekal penyelesaian minyak pelincir boleh dipercayai di Brunei dengan memperkenalkan produk minyak pelincir penting GS Caltex Kixx bermula dengan Kixx G1 Api SN Plus ke pasaran Brunei.
Sebagai jenama minyak pelincir terkemuka di Korea Selatan, Kixx G1 Api SN Plus merupakan minyak pelincir sintetik penuh diformulakan dari asas minyak VHVI, memberikan sistem pelinciran berkuasa tinggi dan canggih sebagai bahan pembaik, yang memenuhi isyarat pemacu enjin berkelas tinggi dalam gred minyak Api SN Plus.
Dengan pengumuman Seng Hoe Huat sebagai pengedar eksklusifnya, bermula hari ini sehingga hujung April kelak, pembelian bagi setiap empat liter Kixx G1 Api SN Plus atau lima liter Kixx HD1 di mana-mana Auto Gadgets cawangan Seng Hoe Huat, pelanggan akan menerima baucar bagi perkhidmatan tukar minyak percuma.
