Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sengaja cetus ‘drama’ atas pentas demi rating penganjur

    Selepas kontroversi Bella Astillah dan Sophia AlBarakbah kembali hangat diperkatakan gara-gara insiden janggal di pentas Anugerah Melodi Terhangat AMT 2025, warganet mula membuat pelbagai spekulasi dan menyalahkan pihak penganjur, TV3.

    Ramai berpendapat tindakan menjemput Bella sebagai penyampai trofi kepada Sophia dilihat sebagai satu gimik untuk mencipta drama ‘live’ demi meraih perhatian ramai.

    Warganet mula mendakwa perkara itu sudah dirancang oleh pihak produksi TV3 untuk mencetuskan kontroversi.

    Ini lebih-lebih lagi apabila reaksi Bella di atas pentas disifatkan sebagai terlalu janggal dan emosional.

    Malah, menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata warganet mempertikaikan keputusan pihak produksi memilih Bella yang pernah terpalit konflik rumah tangga melibatkan Sophia.

    “Melodi jemput Bella dan Syed Saddiq macam sengaja nak cetuskan kontroversi, Tiada common sense? Dah kenapa Bella yang nak kena umumkan Sophia menang? Tak boleh tukar penyampai lain ke?”

    “Walaupun Bella profesional, TV3 tak patut buat dia begitu,” tulis warganet.

    Insiden berlaku ketika Bella menyampaikan trofi bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat dan menyebut mengenali aktres berkenaan sebelum berpaling dan meninggalkan pentas tanpa berjabat tangan atau menyapa pemenang.

    Sophia yang ditemui selepas acara tampil tenang dan berkata dia tidak rasa janggal atau terasa hati dengan apa yang berlaku.

    Namun, Bella terus meninggalkan lokasi acara sebaik selesai AMT 2025, tanpa menyertai sidang media bersama artis lain.

    Usaha media mendapatkan penjelasan daripada pihak Bella juga tidak berhasil apabila wakilnya memaklumkan dia enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.

    Walaupun Bella memilih untuk berdiam diri namun orang ramai terus mempersoalkan etika produksi TV3 yang dianggap lebih mementingkan drama daripada nilai penganugerahan.

    Terdahulu suasana pengumuman kategori Selebriti Feminin Terhangat seolah-olah kelihatan janggal apabila Bella dilihat terpaksa mengumumkan nama Sophia.- Agensi

    Bella tidak salam mahupun pandang Sophia.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda