Sunday, October 13, 2024
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sengkenit lapar guna elektrik statik cari perumah

    NEW YORK, 2 JULAI – Sengkenit lapar mempunyai beberapa taktik yang licik. Serangga itu boleh bergerak melalui udara menggunakan elektrik statik untuk melekat pada orang, haiwan peliharaan dan haiwan lain, demikian menurut penyelidikan baharu.

    Manusia dan haiwan secara semula jadi mengeluarkan cas statik semasa mereka menjalani hari-hari mereka. Dan cas itu cukup untuk memberi sengkenit rangsangan mendapatkan makanan darah seterusnya, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology baru-baru ini.

    Walaupun jaraknya kecil, “ia bersamaan dengan lompatan tiga atau empat anak tangga sekali gus,” kata pengarang kajian Sam England, kini ahli ekologi di Muzium Sejarah Alam Berlin.

    Sengkenit adalah “pemangsa serangan hendap,” jelas Stephen Rich, ahli entomologi kesihatan awam di Universiti Massachusetts Amherst.

    Ia tidak boleh melompat atau terbang ke hos mereka, katanya. Sebaliknya, ia melepak di atas dahan atau helaian rumput dengan kaki terjulur tingkah laku yang dikenali sebagai ‘mencari’ – dan menunggu orang atau haiwan lalu supaya ia boleh mencengkam dan menggigit.

    “Sengkenit kini boleh melekap pada perumah yang tidak membuat kontak langsung dengannya,” kata England. – AP

    Gambar serahan penyelidik Sam England menunjukkan sengkenit hinggap pada bunga. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda