Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seni bina teruk punca ‘Subway Mexico’ runtuh

    BANDAR MEXICO, 30 DIS – Inspektor telah menemui 21 lagi keretakan pada kimpalan atau kepingan struktur keluli pada laluan kereta api bawah tanah bertingkat yang mengalami keruntuhan sebahagiannya pada Mei, meragut 26 nyawa, kata pegawai kelmarin.

    Siasatan pada bahagian runtuh itu dikesan sebagai kegagalan yang berpunca daripada pembinaan yang lemah kimpalannya dan kehilangan sambungan kukuh serta satu seni bina yang teruk. Retakan yang baharu dijumpai pada bahagian talian sebelah yang tidak runtuh.

    Pemeriksaan itu hanya satu pertiga lengkap, jadi mungkin ada beberapa kecacatan seni bina yang belum lagi terungkai.

    Inspektor dari luar telah dijemput menjadi sebahagian daripada usaha untuk membuka semula dan mengukuhkan talian, termasuk beberapa dari Universiti Autonomi Nuevo Leon.

    Syarikat telekomunikasi dan pembinaan, Carlos Slim berkata anak syarikat pembinaan Grupo Carsonya akan membayar kos membina semula laluan yang runtuh dan mengukuhkan bahagian laluan bertingkat yang lain untuk memenuhi piawaian yang lebih tinggi di bandar yang dilanda gempa bumi yang teruk itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda